Siapa yang takde twitter account?Mesti semua ada rasanya.Yang membezakan semua pemilik account twitter cuma transparency kita.I started on 2009.Tak tahu apa yang mendorong ke arah itu.Teknologi agaknya :)
Such a rich source to get news instantly,aku rasa kat situ, dah banyak kegunaannya. Orang yang secretive, tak mahu terlalu menonjolkan diri,family,work and such,mungkin terselamat dari manusia2 judgemental. Lebih baik lagi,terselamat dari stalker!
Aku ada 98 followers.Aku follow lebih kurang 200 twitter account yang kebanyakkan nya kawan2,news portal,entertainment sites dan tah sape2 yang aku rase menarik setiap timeline dia. Ada antara yang aku follow aku rasa mcm nak unfollow. Bukan AlJazeera. Tapi nampak rude sebab mostly yang buat aku annoyed adalah kawan aku sendiri.
Aku rasa,beruang pun boleh muntah baca timeline dia.Agak payah kalau ada orang yang masuk bakul angkat sendiri.Letih tangan nak scroll down button kalau asik dia je yang ada kat syurga.Ya setiap masa. Macam takde kerja. Ke pura-pura saja? Sedih lihat gaya macam nak tutup pekung di dada.
Lagi tragis bila tiba bab agama. UMNO kata PAS Parti Ajaran Sesat.PAS kata UMNO kafir. Mungkin dua dua ni nak tunggu bala. Inilah jadi nya kalau agama di politikkan. Suka? Lagi geli bila yang bercerita aib politician itu nampaknya seperti nak menutup aib sendiri. Ya,aku tau binasa mana kau belakang si isteri. Senang curahkan isi hati pada bunga bidadari satu dunia boleh baca. Nampak macam dia lah segala galanya,hidup mati di telapak tangannya. Sedih lihat hati liat nak memaafkan.
Seronok bila kongsi apa yang nak di makan,kat mana,harga,rasa,tak suka boleh cerita. Stressed dengan kesibukan kota,jammed sane sini,baca tweet trip advisor, nyaman je tgk twitpic2 pantai yang takde kat Malaysia. Aku follow sorang minah Malaysia Cina who live in holidays. Dia belum masuk 30! Duduk London,merantau je kerja dia. Orang mcm ni interesting cause they seems honest in every words. u can just feel it!
Aku rasa tak perlu kita rasa semua benda kena cerita. Setiap patah kata cuba tapis seelok eloknya. Cuba jangan sampai tergadai silaturahim. Cuba jangan sampai tergadai maruah. Cuba jangan sampai menimbulkan amarah. Chill sudah. Jarang sekali aku unfollow. Tapi mungkin satu masa bila dah terasa banyak binasa dari bahagia.
No comments:
Post a Comment